PERATURAN ELEKTRIK


Peraturan IEE – Pemasangan Pembuluh :

  1. Semua pemasangan pembuluh hendaklah disiapkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan.
  2. Faktor Ruang mestilah tidak melebihi  40% dari luas muka keratan pembuluh.
  3. Satu pemasangan pembuluh mestilah mempunyai tidak lebih daripada 2 – sesiku pejal, atau 2 selekoh bengkokkan 90 .
  4. Jejari dalam selekoh bengkokan pembuluh mestilah tidak kurang dari 2.5 kali ganda dari ukuran garis pusat luar pembuluh itu.
  5. Sambungan kabel mestilah dilakukan dalam kotak sambungan atau kotak-kotak alatambah.
  6. Semua pemasangan pembuluh mestilah dielakkan dari terkena air atau dipasang di tempat-tempat yang terdedah kepada air.
  7. Kabel-kabel litar Kuasa dan litar lampu perlu diletakkan di dalam pembuluh yang berasingan.
  8. Jika pemasangan pembuluh terpaksa melalui / menembusi lantai / dinding – lubang khas perlu diadakan.
  9. Semua kesan-kesan kelembapan di dalam pemasangan pembuluh mestilah dibersihkan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja menarik kabel dilakukan.
  10. Penarikan kabel-kabel ke dalam pemasangan pembuluh yang panjang – dimulakan dari tengah-tengah sistem tersebut. 
1.     PERATURAN ELEKTRIK 1994 MENGENAI KESELAMATAN

19(1) Pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan gambar rajah sambungan-sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan suis itu.

19(2) Alas getah yang saiz dan ketebalannya yang sesuai hendaklah diletakkan diatas lantai dihadapan setiap papan suis untuk mencegah bahaya renjatan elektrik kepada seseorang pengendali.

24(1) Suatu kabel fleksibal bagi radas mudah alih hendaklah disambungkan kepada sistem dengan cantuman kekal atau palam (plug top) dan soket outlet yang dibina dengan sempurna.

24(3) Suatu bahagian logam radas mudah alih yang terdedah hendaklah dibumikan secara berasingan dan mana-mana penutup logam konduktor hendaklah dibumikan.

29.  Apabila terdapat mana-mana bahagian sistem atau sesuatu pepasangan tidak digunakan, bahagian itu hendaklah diasingkan daripada punca tenaga dan tidak boleh dibiarkan bertenaga.

32(5) Suis tertutup dan pemutus litar selain daripada suis lampu hendaklah mempunyai tanda kedudukan “ON” dan “OFF” yang ditunjukkan dengan jelas.

32(6) Suis, pemutus litar dan papan fius hendaklah dilabelkan untuk menunjukkan dengan jelas litar yang dikawalnya.

32(7) Penggunaan kabel fleksibel bagi radas mudah alih hendaklah dielakkan dan jika tidak dapat dielakkan kabel yang digunakan itu hendaklah sependek yang mungkin.

38(1) Suatu notis “DILARANG MASUK” hendaklah diletakkan di luar tempat yang mengandungi kelengkapan elektrik jika gangguan tanpa kebenaran pada kelengkapan itu adalah dijangkakan dan jika gangguan sedemikian adalah membahayakan.

110(1) Sesuatu pepasangan elektrik hendaklah disenggarakan dalam keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

110(2) Tanggungjawab  untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya atau pengurusan atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau ejennya.

110(3)Mana-mana geganti (relay) dan peranti pelindungan (protection devices) sesuatu pepasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentuukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.

111(5) Tiada orang kompeten atau orang dibawah kawalan orang kompeten boleh menghidupkan semula mana-mana suis sehingga dia pasti bahawa semua orang sudah tiada pada litar berkenaan dan telah diberi amaran secukupnya bahawa litar itu akan dihidupkan.

111(6) Tiada seorang pun boleh menggagalkan, membuang atau merosakkan sesuatu peranti (device) keselamatan yang dipasang berkaitan dengan atau untuk digunakan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan.

113. Tiada kerja atau pengendalian dibawah kawalan orang kompeten boleh dimulakan sehingga arahan bertulis telah dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang dibawah kawalannya.

No comments:

Post a Comment