MENGESAN KEROSAKAN LITAR ELEKTRIK DI RUMAH
 |
db |
Elektrik
merupakan bekalan asas untuk melengkapkan hidup. Memang orang di zaman
dahulu tidak kenal akan kipas, tv mahupun rice cooker kerana tiada
kemudahan ini. Berbeza dengan hari ini, lahir sahaja telah celik melihat
lampu yang terang benderang. Senang betul kita sekarang. Yang susahnya
sistem elektrik di rumah kita gagal berfungsi.
Ada
beberapa peringkat pengetahuan mengenai sistem pendawaian elektrik
domestik. Tidak kira samada single or three phase yang kita perolehi
tetapi ianya tetap mempunyai masalah jika kita tidak tau basic nya. Jom
kita cuba troubleshooting sendiri.
MT kali ini ingin berkongsi masalah yang senang tetapi rumit. Kes yang sering berlaku adalah ELCB( peranti arus bocor ke bumi) atau MS( suis utama) yang "trip".
Kebiasaannya setiap kali kilat ianya trip tetapi dapat di selesaikan
dengan mengubah kedudukan suis ke posisi ON kembali. Tapi bagaimana jika
secara tiba-tiba proses tadi gagal di laksanakan? Okay, jangan bimbang,
cuba perhatikan betul-betul peranti-peranti perlindungan yang terdapat
dalam DB(kotak fius agihan) di pintu utama masuk rumah kita(lokasi
biasa). Jom...
- Pastikan anda dalam keadaan selamat dari tangan yang basah dan sebagainya
- Perhatikan
mana-mana peranti tadi yang trip(kaedaan dimana suis peranti
terpelantik ke posisi OFF. Kebaisaanya kebawah). Cuba angkat ke atas.
Jangan takut tau !
- Jika
yang trip tadi melibat ELCB mahupun MS, cuba OFF kan peranti yang kecil
MCB ( peranti litar kenit ). Turun kan suis ke posisi OFF kesemuanya
dan cuba ON kan MS. Jika boleh dan tiada sebarang trip MS yang berlaku,
anda telah berjaya sebahagiannya dan ikut langkah seterusnya.
- ON
kan pula ELCB dan tunggu seketika untuk memastikan tiada tripping
berlaku. Jika trip, ini menandakan ada litar yang telah tersentuh dengan
body ( earth ) .
- Caranya
begini, cari terminal Neutral pada DB. Terminal ini biasanya di
tamatkan padanya kabel berwarna Hitam. OFF kan MS dan buka kesemua kabel
yang terdapat padanya dan asingkan di antara satu sama lain.
- ON
kan MS dan ELCB. Pada ketika ini ELCB pasti akan dapat di ON kan. Jika
tidak boleh, ini bermakna ELCB tadi telah rosak dan gantikan yang baru
mengikut kadar AMPERE yang sama.
- Kita
anggap tiada kerosakan pada ELCB dimana ianya dapat di ON kan.
Sekarang, cuba sentuhkan satu per satu kabel Neutral yang di asingkan
tadi pada terminal Neutral sehingga berlaku tripping.
 |
mcb |
P/S : Pastikan suis lampu dan peralatan pada soket(plug) berada dalam keadaan ON
- Sekarang,
pasangkan semula mana-mana kabel yang tidak melibat tripping yaitu
hanya yang tidak bermasalah sahaja di tamatkan kabel pada terminal
Neutral.
- Kabel yang bermasalah tadi diasingkan dan sebaiknya di balut kuprum nya dengan pelekat PVC untuk mengelakkan touching
- ON
kan semua MCB dan sekarang sistem elektrik telah pulih. Perhatikan
lampu atau mana2 alat elektrik anda berfungsi atau tidak. Jika tidak
berfungsi, litar ini lah yang rosak(boleh jadi juga peralatan elektrik
yang rosak) Cuba cabutkan peralatan tadi dari sistem pendawaian dan
pergi ke DB dan sentuhkan kabel Neutral yang di asingkan tadi(yang
bermasalah mula2 tadi) ke terminal neutral. Jika tiada tripping berlaku.
Ini tandanya peralatan tadi yang rosak. Jika masih tripping juga,
memang confirm litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula litar
ini sahaja.
Ini sambungan, JIKA ELCB dan MS dapat di ON kan tetapi MCB masih dalam keadaan OFF
 |
elcb |
P/S
: Pada ketika ini tiada sebarang kabel Neutral yang terlibat. Jangan
keliru kerana ini sambungan dengan cara di mana ELCB gagal di ON kan.
- Cuba
naikkan( ON kan ) MCB satu persatu sehingga tripping berlaku. Jika
kesemuanya MCB berjaya di ON kan tanpa masalah. Selesailah tugas
hehe...Bukan main susah payah tetiba terus berjaya. Ingat, kekadang
sistem elektrik tidak sama dengan teori. So jangan salahkan elektrik
tau. Banyakkan baca Basmallah
- Jika salah satu atau lebih MCB yang gagal di ON kan, Biarkan dan ON kan sahaja mana yang boleh
- Perhatikan
lampu atau mana2 peralatan elektrik berfungsi dan jika terdapat ada
yang degil tidak berfungsi, ini lah punca kerosakan litar yang mana MCB
tadi tidak dapat di ON kan.
- Alihkan
peralatan/cabut soket/mana2 alat yang terlibat dengan litar yang rosak
ini dari sisteme eletrik dan ON kan semula MCB. Sudah tentu boleh kan?
Ops... tidak berjaya juga walaupun peralatan elektrik telah diasingkan,
ini tandanya litar yang rosak dan memerlukan pendawaian semula hanya
untuk litar ini sahaja
Selamat mencuba dan jadilah pengguna yang bijak dizaman yang segalanya memerlukan duit
CARA BAIKI KIPAS SILING
Kipas
merupakan suatu keperluan di setiap rumah. Ia berfungsi menggerakan
udara. Terdapat pelbagai jenis kipas siling di pasaran. Di zaman
sekarang sudah ada kipas siling yang di kawal secara jauh(remote
control). Malah terdapat juga gabungan lampu hiasan padanya. Terpulang
kepada keperluan mahupun kemampuan individu dalam memilih kipas siling.
Sila ke kedai untuk mendapatkan yang terkini kerana MT kali ini ingin
berkongsi cara membaikinya sahaja. Jom kita troublrshooting bersama.
- Kipas tidak berfungsi -
Berkemungkinan alat perlindungan( Main suis, MCB, ELCB )
terpelantik(Trip). Sila ON kan semula. Jika tiada bekalan juga. Sila
semak bil TNB kot tak bayar lagi. Hehe gurau je, kes begini dah tak
boleh di ubati lagi kerana motor telah rosak. Di nasihatkan tukar baru.
- Kipas berpusing tetapi slow -
Kebiasaanya kapasitor kipas tersebut telah rosak. Sila gantikan yang
baru mengikut kadaran yang sesuai. Bawa sampel ke kedai untuk lebih
mudah. Tak kenal kapasitor? Dekat kipas tu ada tersembunyi dalam tudung
bawah berwarna hitam mempunyai dua terminal.
- Kipas berpusing lawan arah jam - Ni kes kapasitor di pasang secara terbalik terminalnya. Just ubah je cara masuk kabel.
- Kipas berbunyi bising - Mana
leh tahan kan, cuba tengok bilah kipas takut ia bengkok. Kalau leh
perbetulkan, bunyi bising mungkin boleh di kurangkan. Ada juga
disebabkan rod penyangkuk telah longgar. Ketatkan bahagian ini. Lambat
bertindak, kipas akan menghempap kepala tuannya.
- Kelajuan tidak boleh dikawal -
Ini disebabkan alat control( regulator) telah bypass ataupun rosak
sebahagian. Gantikan dengan yang elok. Jika regulator panas pun sama.
Sila tukar baru.
Di harap dapat membantu dan selamat membaiki kipas..
salam. terbaik tuan atas artikel yg sgt membantu mcm ni. smoga sentiasa dimurahkan rejeki dan berpanjangan pahala amalmu
ReplyDeleteKenp elcb saya tak boleh dinaikkan ?
ReplyDelete